Thursday, December 12, 2019

INNOVATION SHOWCASE 2019 !

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba ! Seawal jam 740 pagi saya dan ahli kumpulan saya telah berada di Foyer Blok I bagi sesi pendaftaran .

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini . Antaranya ialah



Selain itu , ada soccerbot , cybershowdown Mobile Legend,  Rabot tracer , jari tajwid seminar , modified game ,beyblade battle dan ada juga petting zoo serta pelbagai aneka pilihan food truck.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar ahli kumpulan saya :





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar sekitar program berlangsung :





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Game Board kumpulan lain :










Wednesday, December 11, 2019

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Pada hari ini merupakan cuti umum bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Thursday, December 5, 2019

SIAPKAN BLOG !

Pada hari ini, amali kami di jalankan di makmal teknologi B bersama tutor kami yang paling comel iaitu Miss Voon !

Miss Voon telah meminta kami untuk mengemaskini blog kami semua . Itu sahaja untuk amali pada hari ini.



Wednesday, December 4, 2019

KELAS DIBATALKAN.

Kelas pada hari ini dibatalkan atas sebab-sebab tertentu .

Thursday, November 28, 2019

AMALI !

Amali pada hari ini kami diminta untuk menyiapkan poster bagi program Innovation Showcase 2019 yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. Kami juga diminta untuk mendaftar untuk menyertai program tersebut. Dr Mas telah membimbing kami bagaimana untuk menghasilkan poster dan juga cara-cara untuk mendaftar untuk menyertai program tersebut.




Wednesday, November 27, 2019

ASSESMENT & E-ASSESMENT !

Kelas pada hari ini dilakukan di PFC !

Pada hari ini , kami belajar tentang penaksiran dan juga penilaian. Dr Mas Nida telah meminta kami mengeluarkan sehelai kertas dan dibahagikan kepada 4 ruang. Setiap ruang mempunyai item tertentu. Contoh :

1) Definisi Penaksiran
- Penaksiran ialah suatu proses mengumpul data/maklumat tentang perkembangan individu iaitu dari segi pengetahuan , kemahiran, sikap / nilai berdasarkan standard prestasi.

2) Definisi Penilaian
- Penilaian ialah untuk melihat tahap seseorang itu mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak.
- Penilaian juga dapat ditafsirkan sebagai proses mentafsir atau memberi makna (kualitatif/abstrak) hasil daripada proses pengukuran (kuantitatif).

3) Persamaan antara penaksiran dan penilaian
i. melihat perkembangan pelajar terhadap sesuatu pelajaran
ii. kedua-duanya dinilai oleh guru
iii. sasarannya ialah pelajar

4) Perbezaan Penaksiran dengan Penilaian

i) Penaksiran
- Mempunyai alat pengukuran ( pengujian)

ii) Penilaian
- guru yang menilai melalui pemerhatian dan peperiksaan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh E-assesment :

i) Kahoot
ii) Putrablast
iii) Edmodo
iv) Quizzez

Seterusnya kami berpeluang bermain salah satu e-assesment iaitu dance box !





Kami diminta untuk memerhatikan cara penaksiran dan juga penilaian melalui permainan tersebut. Apa yang dapat diperhatikan melalui permainan tersebut , permainan ini lebih kepada pergerakan fizikal yang mana ia banyak menggunakan kemahiran psikomotor.

Melalui permainan ini, penaksiran (pengujian) diberi dalam bentuk mengikut gaya gerak tari yang dipaparkan , manakan dari seni penilaian ialah ia mempunyai markah yang permainan boleh melihat markah masing-masing dan sekiranya berjaya , mereka akan berganjak ke pusingan yang seterusnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEBAIKAN PENAKSIRAN DAN E-PENAKSIRAN

A) Penaksiran

- dapat meningkatkan kualiti murid dan guru
- penilaian dilakukan secara langsung
- mudah dikendalikan
- beri kemudahan kepada guru yang kekurangan teknologi
- banyak instrumen secara penulisan
- dapat memotivasikan pelajar

B) E- Penaksiran

- menarik
- dapat menjimatkan masa
- ada paparan markah
- boleh meningkatkan kualiti
- unsur kesahan dan keobjektifan yang tinggi
- penilaian formotif
- mudah ditadbir
- dapat meningkatkan penglibatan pelajar
- dapat pelajari kemahiran digital yang baru
- boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja
- dapat maklum balas yang cepat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN

3 NEW THINGS :
a) dapat tahu e-assesment yang baru
b) dapat beza antara assesment dan e-assessment
c) dapat beza antara penaksiran dan penilaian

2 INTERESTING THINGS
a) game yang menarik ( just 4 dance )
b) dapat lihat bakat rakan yang boleh menari

1 QUESTION
a) Bagaimana nak aplikasi permainan ini dalam konteks pendidikan bahasa melayu ?

Thursday, November 21, 2019

Kelas Dibatalkan

Kelas pada hari ini dibatalkan .

Wednesday, November 20, 2019

INSTRUCTIONAL MEDIA & DIGITAL INSTRUCTIONAL MEDIA

Assalammualaikum & selamat sejahtera ! Kelas pada hari ini , kami belajar tentang media digital dan media bukan digital yang mampu menyampaikan maklumat kepada pengguna.

Maklumat ataupun sesuatu mesej dapat disalurkan melalui media digital dan juga media bukan digital (bukan tayang). Sebagai contoh ;

Media Bukan Tayang iaitu tidak dipancarkan :
1) Pameran
2) Model
3) Bahan sebenar

Media Digital @ Media Tayang :
1) Televisyen
2) Macbook
3) Radio

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti pembelajaran pada hari ini merupakan aktiviti secara berkumpulan. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 3-4 orang pelajar. Setiap kumpulan diberikan media yang berlainan.  Kumpulan saya mendapat globe.




Setelah diberikan media tersebut, setaip kumpulan diminta berbincang mengenai media masing-masing mengikut soalan yang diberikan . (Rujuk gambar dibawah).



Hasil perbincangan kumpulan kami...



Sekian .

Thursday, November 14, 2019

MOCK UP !

Kelas pada hari ini merupakan kelas bersama pensyarah dan juga kakak-kakak , abang-abang daripada Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina , UPM.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu kami membuat penambahbaikan tentang kit permainan yang bakal kami lakukan. Berbekalkan penerangan tentang ciri-ciri 'mock up' yang sesuai, kami perlu berfikir dengan lebih mendalam bagi membuat pembaharuan dan juga penambahbaikan bagi kit permainan kami ini.

Sesi bengkel ini berjalan selama 3 jam bermula daripada jam 8 pagi hingga 11 pagi.
Selepas mendengar 'talk' secara santai , kami perlu duduk di dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang akan membantu kami dalam memveri pandangan terhadap idea yang telah kami coretkan.

Kesimpulannya, apa yang telah disampaikan oleh para pensyarah daripda FRSB itu banyak memberi manfaat kepada kami dalam menghasilkan suatu ciptaan kit permainan yang terbaik bukan sahaja daripada segi isi kandungan permainan , tetapi juga bagaimana untuk memudahkan ianya dibawa , disimpan serta dibina untuk kegunaan harian .




Wednesday, November 13, 2019

DISPLAY MEDIA & VISUAL MESSAGE DESIGN

Kelas pada hari ini dijalankan di Putra Future Classroom !

Bagi memulakan sesi pembelajaran, Dr Mas Nida telah memberi kami melihat suatu paparan video mengenai kenali Malaysia. Sepanjang video itu ditayangkan, kami perlu memerhatikannya daripada segenap sudut.

↪Antara 3 tarikan baru di dalam video itu ialah :

1) Prnggunaan animasi yang baik
2) Intipati ringkas tapi padat
3) Terdapat info grafik

↪Antara 2 perkara baru yang saya peroleh ialah :

1) Penggunaan aplikasi bagi mencipta video tersebut
3) Kekreatifan pencipta menyusun idea

↪1 persoalan yang bermain di minda saya :

1) Bagaimana untuk menghasilkan iklan yang ringkas tetapi dapat dengan info dan mudah untuk difahami oleh semua orang ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

There are 4 principles of visual design which is :

a) Simplicity
b) Unity
c) Emphasis
d) Balance



Selepas itu , kami telah diarahkan untuk melakukan aktiviti secara bertiga-tiga. Iaitu aktiviti Think-Pair-Share mengenai beberapa buah poster yang telah diberi secara rawak. Kami perlu memikirkan daripada sudut positif dan sudut negatif poster tersebut.

POSTER 1


  A

Positif :
- Info yang menarik
- Penggunaan warna yang pelbagai
- Penggunaan ruang yang baik

Negatif :
- Info terlalu padat
- Tulisan terlalu kecil


B
Positif :
- Berinfo
- Ringkas dan padat
- Mudah difahami

Negatif :
- Penggunaan warna yang tidak menarik
- Skop tajuk meluas tetapi fokus pada twin & triplet sahaja

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti yang seterusnyaaa.......

Masih aktiviti bersama rakan .. kami diminta menghasilkan satu poster dalam masa 10 minit. Makaa terhasillah....




Sekian sahaja kelas pada hari ini.




Thursday, November 7, 2019

AMALI WITH MISS VOON

Hari ini kelas amali diajar oleh tutor kami iaitu Miss Voon.





Pada amali kali ini, Miss Voon telah meminta kami untuk berada di dalam kumpulan masing-masing bagi berbincang mengenai papan permainan yang bakal kami laksanakan nanti. Miss Voon telah melihat lakaran awal papan permaianan kami dan meminta kami menjelaskan bagaimana ia berfungsi kepada pelajar. Selain itu, Miss Voon juga telah memberi beberapa cadangan penambahbaikan terhadap papan permainan kami ini.

Seterusnya , Miss Voon telah menerangkan elemen-elemen yang perlu ada di dalam tugasan bagi membuat video pendidikan. Video tersebut mestilah berdurasi sekurang-kurangkan selama 7 minit.

Wednesday, November 6, 2019

ELEMENTS FOR VIDEO DESIGN





Dr Mas Nida bertanya kepada kami , apakah yang kami suka lakukan apabila melayari internet ? Antara jawapan yang kami berikan ialah ;

- Menonton drama
- Menonton vlog
- Bermain permainan atas talian seperti 'Barbie Dress Up Games' , 'Cooking Games'
- Membaca novel secara atas talian
- Mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan

kemudian....


Kami diminta untuk menyenaraikan sekurang-kurangkan 5 video klip yang kami suka menonton . Melalui video klip tersebut , kami perlu mengenal pasti apa kandungan video itu, durasi video, keunikan video tersebut.

Antaranya senarai yang telah saya tulis ialah ;

1) K-Drama
2) Instagram video ( Resipi by Khairul Aming)
3) Music video lagu-lagu terkini
4) Cerita Barbie Mariposa
5) Channel Youtube Lobak Merah
6) Channel Youtube SAYS
7) Drama spontan

selepas itu...


Saya dan juga rakan saya iaitu Fatin telah memilih video daripada pautan video Khairul Aming yang mana video-video yang dilakukan merupakan video berkisarkan tentang masakan. Oleh kerana saya dan rakan saya gemar memasak dan mencuba resipi baru , kami gemar menonton video-video masakan daripada pautan tersebut. Kami gemar menonton video tersebut kerana kebanyakan resipi yang dilakukan oleh Khairul Aming merupakan satu masakan yang mudah , ringkas dan barang-barang basah yang mudah didapati. Walaupun video tersebut kebanyakannya hanya berdurasi 1 minit, tetapi ia dapat menarik perhatian kami berdua.



Selepas melakukan aktiviti tersebut, Dr Mas Nida telah menayangkan satu klip video cerita Dora The Explorer. Pada mulanya, kami hanya melihat cerita tersebut sebagai 'cerita' sahaja. Kemudian, video klip tersebut diulang sekali lagi dan Dr meminta kami untuk mengenal pasti apa yang cuba disampaikan di dalam video tersebut.

Dalam video klip cerita Dora The Explorer itu, sebenarnya selain daripada cerita kartun yang menghiburkan, ianya juga terselit dengan elemen pendidikan.Jika diperhatikan dan dihayati dengan teliti, cerita Dora The Explorer banyak menggunakan elemen gambar dan pertanyaan soalan untuk tujuan pendidikan.  Selain itu, cerita tersebut walaupun berunsur pendidikan tetapi dalam keadaan yang santai dan tidak memberi tekanan. 


KEBAIKAN MENGGUNAKAN VIDEO

1) Menjelaskan mesej abstrak kepada konkrit dan juga dapat menjana imaginasi.
2) Merangsang deria penglihatan, pendengaran dan juga pemikiran.
3) Dapat menjimatkan masa dan tenaga
4) Dapat menarik perhatian dengan penggunaan grafik yang menarik.
5) Mampu memberi emosi (main perasaan)
6) Ingatan lebih lama terhadap apa yang dilihat dan didengar 


Thursday, October 24, 2019

VIRTUAL REALITY (TINY VR)

Kelas amali pada petang ini merupakan kelas mengenai Virtual Reality. Kelas saya telah bergabung atau disekalikan waktu amali dengan kelas daripada pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani tahun 3 
(Batch Bravo). Pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang pelajar kemudian diberikan satu alat untuk menggunakan VR tersebut. Sebelum itu, pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi 'Tiny VR' .


 Gambar 1 : Solihin sedang menggunakan alat tersebut untuk melihat VR



Gambar 2 : Ahli kumpulan saya !


Kelebihan penggunaan VR :
- Teknologi yang canggih digunakan dalam sesi PdP
- Kelihatan 'real'

Kelemahan penggunaan VR :
- Memerlukan alatan khas untuk melihat VR tersebut melalui telefon pintar.
- Tidak semua sekolah menyediakan peralatan tersebut untuk tujuan pembelajaran