Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu kami membuat penambahbaikan tentang kit permainan yang bakal kami lakukan. Berbekalkan penerangan tentang ciri-ciri 'mock up' yang sesuai, kami perlu berfikir dengan lebih mendalam bagi membuat pembaharuan dan juga penambahbaikan bagi kit permainan kami ini.
Sesi bengkel ini berjalan selama 3 jam bermula daripada jam 8 pagi hingga 11 pagi.
Selepas mendengar 'talk' secara santai , kami perlu duduk di dalam kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang akan membantu kami dalam memveri pandangan terhadap idea yang telah kami coretkan.
Kesimpulannya, apa yang telah disampaikan oleh para pensyarah daripda FRSB itu banyak memberi manfaat kepada kami dalam menghasilkan suatu ciptaan kit permainan yang terbaik bukan sahaja daripada segi isi kandungan permainan , tetapi juga bagaimana untuk memudahkan ianya dibawa , disimpan serta dibina untuk kegunaan harian .
No comments:
Post a Comment