Wednesday, November 27, 2019

ASSESMENT & E-ASSESMENT !

Kelas pada hari ini dilakukan di PFC !

Pada hari ini , kami belajar tentang penaksiran dan juga penilaian. Dr Mas Nida telah meminta kami mengeluarkan sehelai kertas dan dibahagikan kepada 4 ruang. Setiap ruang mempunyai item tertentu. Contoh :

1) Definisi Penaksiran
- Penaksiran ialah suatu proses mengumpul data/maklumat tentang perkembangan individu iaitu dari segi pengetahuan , kemahiran, sikap / nilai berdasarkan standard prestasi.

2) Definisi Penilaian
- Penilaian ialah untuk melihat tahap seseorang itu mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak.
- Penilaian juga dapat ditafsirkan sebagai proses mentafsir atau memberi makna (kualitatif/abstrak) hasil daripada proses pengukuran (kuantitatif).

3) Persamaan antara penaksiran dan penilaian
i. melihat perkembangan pelajar terhadap sesuatu pelajaran
ii. kedua-duanya dinilai oleh guru
iii. sasarannya ialah pelajar

4) Perbezaan Penaksiran dengan Penilaian

i) Penaksiran
- Mempunyai alat pengukuran ( pengujian)

ii) Penilaian
- guru yang menilai melalui pemerhatian dan peperiksaan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh E-assesment :

i) Kahoot
ii) Putrablast
iii) Edmodo
iv) Quizzez

Seterusnya kami berpeluang bermain salah satu e-assesment iaitu dance box !





Kami diminta untuk memerhatikan cara penaksiran dan juga penilaian melalui permainan tersebut. Apa yang dapat diperhatikan melalui permainan tersebut , permainan ini lebih kepada pergerakan fizikal yang mana ia banyak menggunakan kemahiran psikomotor.

Melalui permainan ini, penaksiran (pengujian) diberi dalam bentuk mengikut gaya gerak tari yang dipaparkan , manakan dari seni penilaian ialah ia mempunyai markah yang permainan boleh melihat markah masing-masing dan sekiranya berjaya , mereka akan berganjak ke pusingan yang seterusnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEBAIKAN PENAKSIRAN DAN E-PENAKSIRAN

A) Penaksiran

- dapat meningkatkan kualiti murid dan guru
- penilaian dilakukan secara langsung
- mudah dikendalikan
- beri kemudahan kepada guru yang kekurangan teknologi
- banyak instrumen secara penulisan
- dapat memotivasikan pelajar

B) E- Penaksiran

- menarik
- dapat menjimatkan masa
- ada paparan markah
- boleh meningkatkan kualiti
- unsur kesahan dan keobjektifan yang tinggi
- penilaian formotif
- mudah ditadbir
- dapat meningkatkan penglibatan pelajar
- dapat pelajari kemahiran digital yang baru
- boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja
- dapat maklum balas yang cepat

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN

3 NEW THINGS :
a) dapat tahu e-assesment yang baru
b) dapat beza antara assesment dan e-assessment
c) dapat beza antara penaksiran dan penilaian

2 INTERESTING THINGS
a) game yang menarik ( just 4 dance )
b) dapat lihat bakat rakan yang boleh menari

1 QUESTION
a) Bagaimana nak aplikasi permainan ini dalam konteks pendidikan bahasa melayu ?

No comments:

Post a Comment