Dr Mas Nida bertanya kepada kami , apakah yang kami suka lakukan apabila melayari internet ? Antara jawapan yang kami berikan ialah ;
- Menonton drama
- Menonton vlog
- Bermain permainan atas talian seperti 'Barbie Dress Up Games' , 'Cooking Games'
- Membaca novel secara atas talian
- Mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan
kemudian....
Kami diminta untuk menyenaraikan sekurang-kurangkan 5 video klip yang kami suka menonton . Melalui video klip tersebut , kami perlu mengenal pasti apa kandungan video itu, durasi video, keunikan video tersebut.
Antaranya senarai yang telah saya tulis ialah ;
1) K-Drama
2) Instagram video ( Resipi by Khairul Aming)
3) Music video lagu-lagu terkini
4) Cerita Barbie Mariposa
5) Channel Youtube Lobak Merah
6) Channel Youtube SAYS
7) Drama spontan
selepas itu...
Saya dan juga rakan saya iaitu Fatin telah memilih video daripada pautan video Khairul Aming yang mana video-video yang dilakukan merupakan video berkisarkan tentang masakan. Oleh kerana saya dan rakan saya gemar memasak dan mencuba resipi baru , kami gemar menonton video-video masakan daripada pautan tersebut. Kami gemar menonton video tersebut kerana kebanyakan resipi yang dilakukan oleh Khairul Aming merupakan satu masakan yang mudah , ringkas dan barang-barang basah yang mudah didapati. Walaupun video tersebut kebanyakannya hanya berdurasi 1 minit, tetapi ia dapat menarik perhatian kami berdua.
Selepas melakukan aktiviti tersebut, Dr Mas Nida telah menayangkan satu klip video cerita Dora The Explorer. Pada mulanya, kami hanya melihat cerita tersebut sebagai 'cerita' sahaja. Kemudian, video klip tersebut diulang sekali lagi dan Dr meminta kami untuk mengenal pasti apa yang cuba disampaikan di dalam video tersebut.
Dalam video klip cerita Dora The Explorer itu, sebenarnya selain daripada cerita kartun yang menghiburkan, ianya juga terselit dengan elemen pendidikan.Jika diperhatikan dan dihayati dengan teliti, cerita Dora The Explorer banyak menggunakan elemen gambar dan pertanyaan soalan untuk tujuan pendidikan. Selain itu, cerita tersebut walaupun berunsur pendidikan tetapi dalam keadaan yang santai dan tidak memberi tekanan.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN VIDEO
1) Menjelaskan mesej abstrak kepada konkrit dan juga dapat menjana imaginasi.
2) Merangsang deria penglihatan, pendengaran dan juga pemikiran.
3) Dapat menjimatkan masa dan tenaga
4) Dapat menarik perhatian dengan penggunaan grafik yang menarik.
5) Mampu memberi emosi (main perasaan)
6) Ingatan lebih lama terhadap apa yang dilihat dan didengar
No comments:
Post a Comment