Sunday, September 29, 2019

In the making of RPH....



PEMBIKINAN RPH
Saya dah ahli kumpulan saya iaitu Nadhrahtul , Fatin dan Ain Nabila telah berkumpul untuk bersama-sama membuat RPH. Kami telah memilih tema pelancongan iaitu salah satu tema yang berada di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 . Kami juga telah memilih standard kandungan dan standard pembelajaran yang selari dengan apa yang kami ingin sampaikan iaitu mengenai kata adjektif. Bagi membuat RPH ini, kami perlu memasukkan unsur-unsur yang terdapat di dalam model ASSURE.

Semasa membuat RPH ini, kami banyak berkongsi idea , pendapat dan juga memikirkan perkara-perkara yang perlu dipenuhi agar RPH ini mencapai objektif pelajaran.




Thursday, September 26, 2019

PELIKAT DAN BATIK, PAKAIAN YANG CANTIK!



Pada hari ini kami telah melakukan set induksi dengan menggunakan kain pelikat dan juga kain batik. Sehari sebelum kelas, Dr Masnida telah meminta kami untuk membawa sehelai kain batik atau pelikat setiap seorang.

Menggunakan kain batik dan kain pelikat, kami telah melakukan set induksi yang berkaitan pengajaran bahasa. Saya dan rakan-rakan telah berlakon dengan menggunakan kain tersebut sebagai media pengajaran kami. Pada hari tersebut, kami melakukan set induksi bagi mengajar kata adjektif. Menggunakan kain tersebut, kain berlakon dan menuturkan beberapa kata adjektif seperti ' cantik, lembut, wangi, halus' dan sebagainya.




Melalui aktiviti ini, kami dapat mempelajari bahawa dengan menggunakan kain sahaja kami mampu menghasilkan suatu set induksi yang baik. Pada akhir persembahan setiap kumpulan, kami perlu melakukan proses dua hala antara murid dan pelajar sama ada mereka faham ataupun tidak terhadap set induksi yang telah ditunjukkan di hadapan. Rakan-rakan yang lain juga dapat merumuskan apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh kami .

Saturday, September 21, 2019

Pemilihan Tajuk Bagi Tugasan 1




Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Noor Hazneeza (saya), Nadhrahtul Nadhirah, Noramirah Fatin dan juga Nur Ain Nabila. Kami telah membuat satu perbincangan bagi memilih tajuk tugasan yang telah diberi oleh pensyarah kami iaitu Dr Masnida. Setelah berbincang bersama ahli kumpulan yang lain, kami sebulat suara memilih kata adjektif iaitu dalam aspek tatabahasa bagi tajuk tugasan kami yang kami rujuk berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Standard Kandungan:
5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.

Standard Pembelajaran:
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk,perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks.

Friday, September 20, 2019

Pengenalan Kepada Teknologi Pendidikan


Dalam kursus FCE 3401 Teknologi Pendidikan, kursus ini meliputi konsep, teori, prinsip, perkembangan dan amalan teknologi pendidikan termasuk penilaian kesesuaian, pemilihan, penghasilan serta penggunaan media pengajaran, penekanan diberi ke atas penghasilan dan penggunaan media pengajaran.

Tekonologi banyak berkisar tentang penggunaan alatan manakala pendidikan pula merupakan suatu proses untuk menyampaikan ilmu. Pendek kata, teknologi pendidikan merupakan suatu sistem atau proses pengajaran yang kompleks. Hal ini demikian kerana, penggunaan alatan teknologi digunakan dalam dunia pendidikan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping menyampaikan ilmu dengan berkesan.



Di sebalik tirai


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Nama diberi Noor Hazneeza Binti Noor Izahar. Berumur 22 tahun dan berasal dari Muar, Johor tetapi kini menetap dan membesar di negeri Perak Darul Ridzuan. Saya merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik . Saya dilahirkan di Hospital Derah Muar, Johor pada tanggal 28 Mei 1997 .Mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Islam , Perak kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampar dan Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Kampung Gajah. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharajalela, Kampung Gajah dan pernah bersekolah sebentar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak. Pada tahun 2016, saya melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. Cita-cita saya semenjak saya masih kecil ialah menjadi seorang guru dan Alhamdulillah saya kini berada di landasan yang betul untuk merealisasikan cita-cita saya untuk menjadi seorang guru. Ibu bapa juga saya mengharapkan saya untuk menjadi pendidik walaupun ayah saya merupakan pesara polis dan ibu saya seorang suri rumah. Walaupun mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna pada zaman dahulu, tetapi kedua ibu bapa saya berjaya mendidik kami adik beradik hingga ke peringkat menara gading. Hanya adik bongsu sahaja yang masih menuntut pelajaran di peringkat sekolah menengah. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru. Ibu bapa saya merupakan pembakar semangat saya serta kak long dan kak ngah saya yang juga merupakan seorang pendidik. Kak long saya merupakan seorang guru di SMK Putrajaya Presint 9(2) manakala kak ngah saya merupakan seorang pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Maka apabila mempunyai ahli keluarga yang merupakan golongan pendidik, perasaan untuk menjadi guru itu semakin berkobar-kobar di dalam dada.