Friday, September 20, 2019

Di sebalik tirai


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...

Nama diberi Noor Hazneeza Binti Noor Izahar. Berumur 22 tahun dan berasal dari Muar, Johor tetapi kini menetap dan membesar di negeri Perak Darul Ridzuan. Saya merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik . Saya dilahirkan di Hospital Derah Muar, Johor pada tanggal 28 Mei 1997 .Mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Islam , Perak kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampar dan Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Kampung Gajah. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharajalela, Kampung Gajah dan pernah bersekolah sebentar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak. Pada tahun 2016, saya melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. Cita-cita saya semenjak saya masih kecil ialah menjadi seorang guru dan Alhamdulillah saya kini berada di landasan yang betul untuk merealisasikan cita-cita saya untuk menjadi seorang guru. Ibu bapa juga saya mengharapkan saya untuk menjadi pendidik walaupun ayah saya merupakan pesara polis dan ibu saya seorang suri rumah. Walaupun mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna pada zaman dahulu, tetapi kedua ibu bapa saya berjaya mendidik kami adik beradik hingga ke peringkat menara gading. Hanya adik bongsu sahaja yang masih menuntut pelajaran di peringkat sekolah menengah. Cita-cita saya ingin menjadi seorang guru. Ibu bapa saya merupakan pembakar semangat saya serta kak long dan kak ngah saya yang juga merupakan seorang pendidik. Kak long saya merupakan seorang guru di SMK Putrajaya Presint 9(2) manakala kak ngah saya merupakan seorang pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Maka apabila mempunyai ahli keluarga yang merupakan golongan pendidik, perasaan untuk menjadi guru itu semakin berkobar-kobar di dalam dada.

No comments:

Post a Comment