Thursday, October 24, 2019

DALE'S CONE OF EXPERIENCE

Kelas pada pagi ini, Dr Masnida telah membuat aktiviti berkaitan "Narwhal". Melalui teks yang dipaparkan , kami perlu meneka bagaimanakah rupa haiwan mamalia yang digelar "Narwhal".




Melalui penerangan ini, kami diberikan masa selama 2 minit untuk melukis "Narwhal" yang dibayangkan oleh imaginasi kami. Hasil "Narwhal" saya....


Narwhal saya yang gembira.. hehehehe...

Setelah kami menunjukkan hasil lukisan masing-masing , Dr Mas Nida menunjukkan gambar yang sebenar kepada kami. Inilah Narwhal yang sebenar... Beza kan daripada lukisan saya....


Setelah melihat gambar , kami juga dipertontonkan sebuah video mengenai Narwhal di pautan https://www.youtube.com/watch?v=MXsZg1sQYvA
Setelah itu , kami diajukan beberapa persoalan. Antaranya ialah ;

  Gambar 1

Gambar 2

Sesi perbincangan dilakukan secara lisan. Sebenarnya , apa yang ingin diajar kepada kami pada hari ini ialah tentang Dale's Cone of Experience yang dikaitkan dengan Narwhal itu.


Pada awal kelas , kami diberi satu teks yang ditulis atau digambarkan secara umum. Berdasarkan gambar ini, teks tersebut berada di aras abstrak yang tinggi iaitu umum. Kemudian , kami dipaparkan gambar dan menonton video yang juga berada di aras abstrak. Semasa sesi soal jawab bersama Dr Mas Nida, antara jawapan yang diberikan bagi soalan seperti dalam Gambar 1 ialah ;

- Kerja Lapangan (field trip)
- Pameran
- Arca
- Syair mengenai Narwhal
- Model 3D Narwhal

Melalui jawapan-jawapan yang diberikan , pemikiran para pelajar telah berada di aras cognitive skills, motor skills and attitude yang mana ia menggambarkan bahawa tahap pemikiran para pelajar ini telah mencapai tahap pemikiran kreatif dan kritis.

No comments:

Post a Comment