Friday, October 18, 2019

KERJA LAPANGAN : HARI PENDIDIK UPM (Bahagian 3)

Di sini terdapat 3 inovasi yang saya merasakan inovasi tersebut yang bagus dan layak memenangi pingat.

1) 3D-PRINTING MODEL


3D-PRINTING RAT MODEL FOR TEACHING BLOOD WITHDRAWAL TECHHNIQUE AMONG UNDERGRADUTE STUDENTS





UNDERSTANDING MECHANISM OF GASTRIC ACID SECREATION VIA 3D-PRINTING MODEL




Justifikasi :

Model 3D yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang lebih jelas kepada para pelajar terhadap ilmu yang dipelajarinya. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan model tersebut, para pelajar bukan sahaja dapat mempelajarinya dengan lebih jelas malah ia juga membantu para pelajar untuk mengendalikannya dalam situasi sebenar apabila mereka bekerja kelak kerana mereka telah mengetahuinya dengan lebih terperinci. Pembelajaran yang sukar difahami akan menjadi mudah apabila para pendidik menggunakan model 3D ini bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dengan adanya model 3D ini , ia dapat menjimatkan kos dan juga penggunaan haiwan sebenar yang telah diawet bagi tujuan pendidikan. Sebagai contoh, model tikus 3D dapat menggantikan penggunaan tikus sebenar. Hal ini demikian kerana, prinsip model 3D ini ialah 3R iaitu (replace , reduce , refine).



2) GAMIFICATION (GAMIFIKASI)





Justifikasi :

Umum mengetahui bahawa sebuah pembelajaran yang berasaskan permainan amat menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar. Salah satu inovasi permainan yang menarik perhatian saya pada pameran tersebut ialah 'Wildlife Pop Up Gameboard'. Hal ini demikian kerana di dalam permainan ini, mereka menyelitkan maklumat-maklumat penting tentang kehidupan flora dan fauna di Malaysia sekaligus dapat menambahkan ilmu kita mengenainya. Reka bentuk board permainan ini diadaptasi atau diilustrasikan sendiri daripada hutan hujan tropika yang berada di Malaysia. Tujuan permainan ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesedaran para pelajar terhadap kehidupan di sekililing mereka sekaligus memberikan mereka pendidikan sepanjang hayat selain daripada menyampaikan isi pelajaran melalui bentuk permainan. Para pelajar akan lebih aktif mempelajari subjek ini melalui permainan ini berbanding mendengar dan membaca teori sahaja.


3) TEKNIK NORAZ




Justifikasi :

Menggunakan teknik ini , para pelajar dapat menghasilkan suatu struktur binaan teks ucapan (PDPIP) yang kemas dan tersusun serta mudah difahami oleh khalayak.  Selain itu, teknik ini juga melibatkan tiga domain iaitu kognitif , psikomotor dan juga afektif sekaligus dapat memberikan impak positif terhadap pencapaian individu secara holistik. Umum mengetahui bahawa kebanyakan para pelajar mengalami masalah dalam membina sebuah karangan ataupun teks karangan/pidato kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesebuah teks itu. Akan tetapi, dengan menggunakan teknik NORAZ ini, para pelajar dapat membina struktur karangan dengan baik serta dapat menyampaikan isi dengan jelas dan tepat.

No comments:

Post a Comment