Wednesday, October 2, 2019

EMERGING TECHNOLOGIES

Teknologi Penyokong Pembelajaran ditakrifkan sebagai pelbagai komunikasi, maklumat dan teknologi berkaitan yang boleh digunakan untuk menyokong pembelajaran, pengajaran dan penilaian. (Persatuan Teknologi Pembelajaran). Selain itu, ia juga dapat didefinisikan sebagai teknologi yang meningkatkan pengajaran, pembelajaran, dan penilaian. Teknologi Pembelajaran termasuk bahan
pembelajaran dan multimedia berasaskan komputer dan penggunaan rangkaian dan sistem komunikasi untuk menyokong pembelajaran.

Terdapat 6 jenis Teknologi Penyokong Pembelajaran ;

1. CAI - Computer Aided Instruction (Pengajaran Berbantukan Komputer)
2. CAL- Computer Aided Learning (Pembelajaran Berbantukan Komputer)
3. CBL- Computer Based Learning ( Pembelajaran Berbantukan Komputer)
4. CBT- Computer Based Training (Latihan Berasaskan Komputer)
5. CAA- Computer Aided Assessment (Penilaian Berbantukan Komputer)
6. CMC- Computer Aided Communications (Komunikasi Berbantukan Komputer)

Kini, terdapat banyak teknologi dan pendekatan yang wujud di bawah kategori teknologi penyokong pembelajaran. Antaranya ialah ;

OPEN EDUCATIONAL RESOURCES



Merupakan bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan sumber-sumber penyelidikan dalam apa jua bentuk sama ada digital atau sebaliknya yang ditinggalkan di domain awam atau telah dikeluarkan di bawah lesen harta intelek yang membenarkan penggunaan percuma dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penilaian dan penelitian.

Contoh sumber :
- Komputer riba
- Telefon pintar
- Buku teks digital

Kelebihan :
- Menjimatkan wang
- Boleh didapati secara percuma
- Maklumat merentasi sempadan
- Dapat menjimatkan masa

Kelemahan :
- Kesahihannya diragui sekiranya didapati secara atas talian.



Pembentang bagi topik OER


Berbincang untuk mencari maklumat tentang Open Educational Resources


BLENDED LEARNING

Blended Learning atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil pembelajaran campuran dapat didefinisikan sebagai campuran pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional dan juga kaedah moden. Kaedah tradisional kebiasaannya ialah teknik pembelajaran yang sehala dan juga menggunakan buku teks.

Tetapi pembelajaran menggunakan kaedah ini merupakan kaedah yang paling efektif. Hal ini demikian kerana ia turut menggunakan bantuan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kaedah 'blended learning' ini dibantu dengan aplikasi-aplikasi yang membantu guru dan pelajar. Contohnya ialah, project based learning, blog & wikipedia, workbook, online learning, Web Ex (Virtual Classroom).
Kelebihan penggunaan kaedah ini ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Kelemahannya pula ialah boleh dilihat dari guru itu sendiri ataupun murid itu dari sudut kecekapan ataupun kepakaran dalam menggunakan ICT. Sekiranya guru atau pelajar kurang mahir menggunakan ICT , proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan berkesan.





MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)

MOOC merupakan sebuah platform ataupun suatu laman yang perlu diakses oleh pelajar bagi mengikuti pembelajaran yang diadakan sekiranya mereka tidak dapat bersemuka secara berhadapan tetapi mereka boleh berkomunikasi secara bersemuka di alam maya. MOOC ini seperti forum yang mana ia mampu diakses seramai 1000 orang dalam satu masa. Penggunaan MOOC ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.




No comments:

Post a Comment