Thursday, October 10, 2019

TECHNOLOGIES TOOLS FOR PRESENTATION

10 JENIS APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM PENDIDIKAN.


1) PADLET

Padlet merupakan satu aplikasi yang mana ia membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menyiarkan pendapat atau ulasan mereka melalui nota elektronik yang dipaparkan di dalam padlet tersebut. Selain itu, di dalam padlet juga, para pelajar boleh meletakkan gambar atau pautan video/web bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.


2) DOJO CLASS

"Class Dojo" mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan "Edmodo" iaitu guru boleh memberi tugasan melalui aplikasi ini. Tetapi , apa yang menarik mengenai aplikasi ini ialah ibu bapa juga boleh menyertai aplikasi ini dan memantau sendiri perkembangan anak-anak mereka.


3) EMAZE

Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi untuk membuat persembahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang mudah digunakan dan menarik kerana terdapat pelbagai fungsi untuk mencantikkan "slide".


4) SKETCH AR


Aplikasi ini merupakan salah satu "animation tools" yang menarik untuk digunakan. Hal ini demikian kerana animasi yang telah dilakar itu kelihatan "real".


5) STORYBOARD THAT



Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang menarik dan sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu , guru boleh mengadaptasi cerpen atau drama di dalam bentuk komik atau kartun dengan menggunakan aplikasi ini.


6) BOORDS


Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan aplikasi StoryBoard That. Ia merupakan satu aplikasi yang menarik dan sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu , guru boleh mengadaptasi cerpen atau drama di dalam bentuk komik atau kartun dengan menggunakan aplikasi ini.


7) SPARKOL

Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang juga sesuai digunakan untuk memaparkan nota menggunakan "slide". Ia menarik kerana mudah digunakan dan pelbagai animasi boleh dimasukkan di dalam paparan tersebut.


8) BITEABLE


Biteable merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat persembahan video dengan warna , reka bentuk , animasi dan pelbagai fungsi lain yang menarik.


9) EDPUZZLE
Cara yang paling mudah untuk melibatkan pelajar  dengan penggunaan video, mengambil video, menambah sentuhan tersendiri yang  diperlukan dalam sesuatu video. Ianya sangat mudah digunakan.  Hanya perlu memilih mana-mana video yang ingin anda gunakan sama ada dari atas talian mahupun video yang  diambil sendiri, dan kemudiannya pelajar boleh mengedit video tersebut, melakukan kuiz dan mengesan kefahaman pelajar.


10) MINDMEISTER

Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi untuk membuat peta minda. Aplikasi ini merupakan aplikasi yang mudah digunakan dan dapat menghasilkan satu peta minda yang menarik dan teratur.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebahagian gambar-gambar semasa melakukan aktiviti di dalam kelas amali bersama Ms Voon.







No comments:

Post a Comment